Blogroll

Campedak Vs Nangka

Siapa pernah makan cempedak goreng?..tapi ada ke nangka goreng?...ha3...yang korang makan tu cempedak goreng ke nangka goreng..sure ke yang jual kat tepi jalan tu cempedak goreng?..kalau la diberi buah cempedak dengan nangka goreng,agak-agak dapat bezakan tak?..mesti ramai yang keliru kan..hari tu masa akhir puasa,Ash ada panjat pokok nagka,macam mana Ash tahu tu pokok Nangka?..sebab nenek Ash cakap la..ok sekarang kita kenali apa itu buah cempedak dan buah nangka..dan tips untuk membezakannya.

Buah Cempedak

Cempedak atau nama saintifiknya Artocarpus champeden,merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan.Cempedak juga bermusim.Berkulit tebal dan berduri halus dan pendek,tetapi tidak tajam.Buah cempedak lebih kecil berbanding Nangka.Hujung pangkal daun berbulu halus.Kebiasaanya isi cempedak digoreng dengan tepung






Buah Nangka
Nama botaninya ialah Artocarpus heterophyuus Lam,sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan,Pokok nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar didunia.Hujung pangkal daun tidak berbulu,berkulit tebal dan berduri halus dan pendek,tetapi tidak tajam.Buahnya lebih besar berbanding Cempedak.Kebiasaanya dimasak sebagai lauk hidangan

Sekarang macam mana?..dah dapat bezakan mana satu nangka dan cempedak,yang mudah sekali nak kenal ialah buah nangka lebih tebal dari cempedak dan tengok je la mana lebih besar,yang besar tu la nangka.
Amaran! Pastikan sebelum mengupas/memotong nangka atau cempedak,tangan dan pisau dilemur dengan minyak untuk mengelakkan daripada getah melekat. 


0 comments:

Post a Comment

Macam mana ok tak? Komen la