Hari 'kasih sayang' atau 'Valentine Day' sudah sinonim
bagi pasangan kekasih untuk disambut,hari yang amat bermakna untuk meluahkan
kasih sayang.Sama seperti di Barat yang amat popular hinggalah ke seluruh
dunia menyambutnya.Hari ini lah yang amat ditunggu-tunggu,terutamanya pasangan
muda yang hangat bercinta.Menjelang sahaja 'Valentine Day' masing membuat
persiapan untuk menyambuatnya,secara automatik jadi romentik habis.Lagi 2 3
hari nak tibanya 'Valentine Day',penuh la post-post jiwang kat FB.Namun,ada tak
yang tau sejarah 'Valentine Day' ?..
>>Pendapat pertama: Pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum
kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan
upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb
Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno
yang bernama Juno Februata.
>>Pendapat kedua: Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine
kerana menyebarkan agama Kristian dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu
pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Dia telah jatuh
cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum
dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang
bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang
Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang
demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
>>Pendapat ketiga: Dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam
Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan
peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
So..Kepada pasangan kekasih yang dalam kad pengenalan korang
dah terukir 'ISLAM'..tok sah dok sambut la..Bukan budaya kita ok,takda langsung
dalam kalender kita (Islam).