Blogroll

psssssss nak tau tak?.........

Aku "Nak Share Jek" fakta menarik tok korang.


Korang nak tau tak,kalau korang ambik air dari singki sebanyak 350ml air dan dituang pulak ke dalam cerek yang berisi 150ml air,kemudian dipanaskan dengan suhu 100 darjah celcius akan menyebabkan terhasilnya cercair yang bernama air masak atau dalam kata lain air panas....                                     
                                       
Percaya atau tak sebuah helikopter memerlukan air sirap! .Kajian yang telah dibuat mengatakan seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menhilangkan dahaga untuk mengelak daripada mati kehausan dan akan menyebabkan helikopter tersebut tak dapat dibina.....

Seorang manusia normal tidak berupaya untuk mengaru telinga sendiri dengan menggunakan siku!

Sebuah kereta yang dipandu dengan lajunya melebihi 200km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu 40km/j apabila kereta tersbut dipandu dengan arah bertentangan!

Tau tak gunung berapi yang berusia lebih daripada 350 tahun telah disahkan masih aktif.Kajian yang dibuat juga mendapati api elektrik dirumah tidak akan aktif sekiranya tak berbayar lebih 3 bulan!

Ahli sains tempatan telah bersepakat dan mengesahkan selepas mereka sendiri menjadi bahan uji kaji mendapati nasi ayam jika dimakan pada waktu lapar akan menyebabkan satu tindak balas yang akan menyebabkan seseorang itu Kenyang! selain itu nasi ayam juga mampu mengembirakan orang apabila nasi ayam itu di oder dan dibayar oleh orang lain!

Dan sedar atau tidak hampir kesemua pembaca post ini telah pun mencuba mengaru telinga dengan menggunakan siku! hehehehehe~
                                            

    2 comments:

    Macam mana ok tak? Komen la